Ciri-ciri stesen Stesen_ERL_KLIA2

Lokasi

Stesen ini terletak Gateway@klia2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor, Malaysia. Selain KLIA, mercu tanda lain di sekitar stesen adalah ibu pejabat AirAsia dan Hotel Tune klia2.

Pelan stesen

L2Aras LegarMesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, Gateway@klia2
G
Platform
KLIA Ekspres6 KLIA Ekspres menghala ke KL Sentral (KLIA)
Platform tengah, pintu tren dibuka di sebelah kiri atau kanan
Platform tengah, pintu tren dibuka di sebelah kiri atau kanan
KLIA Transit7 KLIA Transit menghala ke KL Sentral (KLIA)

Stesen ini adalah stesen atas tanah dimana aras platform terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai satu platform tengah untuk perkhidmatan KLIA Transit. Ruang legar stesen yang menempatkan mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan terletak di aras 2, pusat membeli-belah Gateway@klia2. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Stesen ini adalah sebahagian daripada pusat membeli-belah Gateway@klia2.

Perkhidmatan bas

Terdapat bas tempatan dan dan bas ulang-alik berkhidmat di aras 1 Bagunan Terminal Utama KLIA iaitu laluan bas RapidKL E1, laluan bas Smart Selangor BTG1, SPG1 dan SPG2 serta laluan bas ulang-alik ke LTCP dan Mitsui Outlet Park.